Pages

Thursday 12 January 2012

Kata Dua Dari MB Terengganu

Dato Hamidin Mohd Amin

Terengganu salah 1 kuasa besar bolasepak tanah air. Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said beri kata putus kepada FAM amat wajar. Bukan untuk menunjukkan sikap kurang ajar tetapi untuk membalas sikap FAM yang selalu menukar keputusan ikut suka. Telah banyak keputusan yang dibuat yang tidak memuaskan hati kebanyakan penyokong-penyokong bolasepak di Malaysia. Yang terbaru sebelum timbulnya isu pemain import ini adalah berkenaan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia. Kemudian FAM ingin menukarkan format Liga Super 2013 dengan mengurangkan bilangan pasukan. 

Sukan bolasepak di Malaysia sudah meningkat naik. Adakah dengan alasan tersebut FAM buleh buat keputusan sesuka hati? FAM memberi kelonggaran kepada pasukan Olimpik Singapura untuk membenarkan pemain-pemain senior didalam pasukan tersebut melebihi bilangan yang ditetapkan. Tiba-tiba menggunakan nama Lions XXII. Adakah ini sikap ‘double standard’ yang ditunjukkan FAM kepada persatuan-persatuan negeri yang lain?
Dengan bukti kukuh yang dibaca sendiri oleh Datuk Seri Ahmad Said, Terengganu mendapatkan 2 pemain import iaitu Francis Frankey Doe (Liberia) dan Erison Da Silva Santos Carnietto (Brazil). Kedua-dua pemain ini menandatangani kontrak sejurus surat pekeliling dari FAM diteliti oleh  Datuk Seri Ahmad Said. Beberapa hari sebelum bermulanya Liga M, FAM membuat kenyataan akhbar yang mengatakan 2 pemain import Terengganu tidak boleh bermain Liga M dan hanya dapat bermain di Piala AFC dan pada bulan April baru dapat daftarkan Doe dan Baiano di Liga M. 

Sudah tentunya Datuk Seri Ahmad Said kecewa dengan keputusan tersebut. Dengan nada tegas, peminat bolasepak nombor 1 Terengganu itu memberi amaran kepada FAM. 3 syarat penting yang perlu diambil perhatian oleh FAM. Pertama, FAM harus mambayar ganti rugi kepada Terengganu yang banyak menghabiskan duit untuk mendapatkan Doe dan Baiano. Kedua, membenarkan pemain-pemain import itu beraksi di Liga M secepat mungkin. Dan yang ketiga yang perlu dipandang serius badan induk bolasepak tanah air ialah Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan pasukan Terengganu dan T-Team menarik diri dari saingan Liga M jika tiada keputusan yang positif dicapai. Ia adalah 1 keputusan yang sukar dan perkara ini telah dibincangkan. "Kita nak ingatkan FAM, kalau mereka salah, mereka kena akui dan kita boleh terima. Tetapi kita ada tiga pilihan sebab kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas pasukan Terengganu," tegas Datuk Seri Ahmad Said kelmarin.

Datuk Seri Ahmad Said yang melihat sendiri surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu juga menjelaskan, dia tidak takut untuk digantung demi menjaga maruah bola sepak Terengganu. Katanya, surat pekeliling itu secara jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftar pemain import untuk beraksi dalam Liga M sebelum 9 Januari dan tanpa menyebut satupun perkara berkaitan Piala AFC. "Nak gantung, gantung la. Sebab FAM tidak bersikap profesional. Kita main bola untuk suka-suka dengan liga yang kita ada. Tetapi kalau sudah begini, ia memang tidak adil. "Kamu (FAM) beri arahan, lepas itu silap dan kemudian kamu salahkan kami. Itu tidak adil namanya. Kecualilah jika mereka ego. "Sebab itu pasukan Malaysia tidak berkembang sebab ada pegawai-pegawai yang macam ini yang bermain politik. Kita kata kita profesional tetapi sikap tidak profesional," ujarnya. (dipetik dari Kosmo)

Kontrovesi ini tercetus selepas mendapat liputan luas dari media. Terengganu masih mengharapkan jalan penyelesaian dengan baik. Namun percanggahan laporan oleh Datuk Azzuddin Ahmad dan Dato Hamidin Mohd Amin membuatkan FAM tidak professional dalam hal ini. Diharapkan satu keputusan yang positif dapat dicapai kedua-dua belah pihak.

Thursday 5 January 2012

Antara Syarat-Syarat Pendaftaran Pemain Asing Untuk Liga Malaysia

Sebahagian syarat-syarat yang diberi FAM kepada PBSNT
Sejak semalam pemain, pengurusan serta peminat Terengganu di gemparkan dengan berita pemain import yang tidak dapat beraksi untuk saingan Liga Super bermula 10 Januari ini. Berita ini timbul setelah FAM mengumumkan tarikh awal penutupan pendaftaran untuk pemain import adalah 8 Disember 2011 bagi semua pasukan. Terdapat beberapa pasukan mendapat masalah setelah FAM tidak meluluskan pemain import bagi negeri dan kelab masing-masing. Setelah perbincangan dibuat, hanya Terengganu dan Kelantan sahaja yang mendapat kelulusan bagi mendaftarkan pemain import sebelum 9 Januari untuk Terengganu dan 6 Januari untuk Kelantan kerana pasukan ini akan bermain untuk saingan Piala AFC. 

Pengesahan ini juga dapat di buktikan melalui pekeliling yang dihantar kepada PBSNT. Dalam pekeliling tersebut menyatakan bahawa pasukan Terengganu layak untuk membuat pendaftaran pemain import untuk LIGA MALAYSIA selewat-lewatnya 9 Januari 2012. Jadi tidak timbul masalah disini kerana surat pekeliling itu datang dari pihak FAM sendiri. Andai ini pekeliling palsu, apa guna pihak PBSNT sengaja menjolok sarang tebuan. Silap haribulan pasukan Terengganu akan di LARANG untuk beraksi dalam Liga Malaysia.
Gambar diatas menunjukkan surat pekeliling yang dihantar oleh FAM kepada PBSNT. Anda semua boleh nilai dan fikir sendiri. FAM silap atau PBSNT yang silap.

Kami TFC tdk dpt memberi jwpn siapa yg silap dalam hal ni.. kami cume dpt memberi info stakat yang mampu.. mgkn jwpn di tgn fam atau pbsnt.. berdasarkan srt tersebut anda seme blh nilaikan sndiri.. mgkn PBSNT silap dan mgkn jgk FAM.. JGN BUAT KPTSN LG.. terima kasih..
** jgn maki atau menyalahkan mane2 individu
** jgn maki atau salahkan mane2 fan atau negeri lain
** kite tfc ambik pendekatan ade kesilapan teknikal antara 2 persatuan tersebut
tunggu jwpn yg sebetulnya apabila kedue2 persatuan bertemu..-Terengganu FC- 

Wednesday 4 January 2012

T-Team Terima Tajaan Admiral


Barisan pemain TTeam 2012



T-Team sekali lagi menerima tajaan dari Admiral sebanyak RM 350 000 untuk musim 2012.
Pasukan kelab dari Terengganu, T-Team tidak ketinggalan menyenaraikan beberapa  muka baru dan tenaga import bagi saingan musim 2012. Antara muka baru yang diserapkan termasuk pemain berpengalaman yang berhijrah dari Selangor, Mohd Fadli Shaari, Iqbal Suhaimi (Selangor), Mohd Faiz Subri (Perlis), Wan Aliff Wan Jasmi, Mohd Zharif Hasna dan Mohd Hassan Basree dari Terengganu.

T-Team juga berjaya mengikat kontrak dua pemain import masing-masing dari Zambia dan Bosnia. Zacharia Simukonda nama yang tidak asing lagi dalam kancah Liga Malaysia berjaya menambat hati pihak pengurusan T-Team. Seorang lagi adalah Bojan Petric dari Bosnia merupakan pemain pertahanan yang memperkuatkan barisan T-Team tahun depan.

Berikut senarai pemain yang akan menggalas cabaran T-Team pada saingan musim depan.
Pengurus – Y.B Haji Rozi Bin Haji Mamat

Ketua Jurulatih – Yunus Alif

Senarai pemain:

Penjaga Gol

1. Mohamad Shamsuri Bin Mustafa
2. Mohamad Suhardy Alby
3. Mohd Iqbal Suhaimi


Pertahanan

1. Rosdi Talib
2. Mohammad Sharul Izrain Shamsuddin
3. Mohd Hassan Basree
4. Mohamad Aliff Alias
5. Norfazly Alias
6. Mohd Dzaiddin Zainuddin
7. Shahril Faizal Saifuddin
8. Mohamad Hasbullah Bin Awang
9. Bojan Petric

Tengah

1. Mohd Saiful Azrin
2. Tengku Hasbullah Raja Hassan
3. Mohd Zharif Hasna
4. Ahmad Ezrie Shafizi
5. Wan Khairul Faiz Kamaruddin
6. Zairo Anuar Zailani
7. Azrul Hazran Aminuddin Baki
8.  Mohd Faiz Subri


Penyerang

1. Mohd Fadzli Shaari
2. Badrul Hisani Abdul Rahman
3. Wan Mohd Aliff Wan Jasmi
4. Mohd Saudi Sa’aidi
5. Zacharia Simukonda


Antara pemain-pemain TTeam menandatangani kontrak

Penyerahan salinan kotrak dari Zacharia Simukonda kepada Y.B Haji Rozi Mamat

Jersi TTeam 2012 (depan)

Jersi TTeam 2012 (belakang)




Majlis Menandatangani Kontrak Penaja dan Pemain Pasukan Bolasepak Terengganu 2012

Doe menyerahkan salinan kontrak kepada Presiden PBSNT


Barisan pemain serta penaja Terengganu 2012
Pasukan Terengganu mendapat berita gembira apabila 4 syarikat menaja pasukan untuk musim 2012. Antara yang menaja Terengganu musim depan adalah Specs (RM 300,000), Top IT (RM250 000), Zaid Enterprise (RM50 000), Ekspress Perdana( RM50 000). Penajaan Happy akan berlangsung minggu depan dan kata putus akan diperolehi.

Terengganu mengumumkan seramai 24 pemain beraksi pada musim 2012. Majlis tandatangani kontrak yang diadakan sebentar tadi di Hotel Primula menyenaraikan beberapa muka baru dan import. Antara muka baru yang menandatangani kontrak bersama Terengganu adalah Hariri(Sabah), shamsul kamal (TTeam), Muslim Ahmad, Faizal Muhammad dan Shukur Jusoh dari (Harimau Muda).
Selain itu Terengganu juga menyenaraikan penjaga gol muda dari SMK Bukit Nenas, Mohd Saifuddin Bin Mokhtar sebagai pengganti kepada Shahril Sa’ari yang bersama skuad Harimau Muda A.
Berikut merupakan senarai penuh skuad Terengganu Bagi musim 2012:

Pengurus - Dato' Che Mat Jusoh

Ketua Jurulatih - Mat Zan Mat Aris
Penolong Jurulatih -
Jurulatih Penjaga Gol - Zubir Ibrahim
Fisioterapi - Mokhtar Abu


Senarai pemain:

Penjaga Gol

1. Mohamad Sharbinee Allawee Ramli 25
2. Mohamad Shamirza Yusof
3. Mohd Saifuddin Bin Mokhtar


Pertahanan

1. Mohd Marzuki Yusof (C)
2. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
3. Nik Zul Aziz Nawawi
4. Mohamad Muhaimin Omar
5. Mazlizam Mohamad
6. Hariri Mohd Safee (Sabah FA)
7. Hasmizan Kamaruddin
8. Mohamad Faizal B Muhammad (Harimau Muda A)
9. Md.Zubir Md Azmi




Tengah

1. Ismail Faruqi
2. Ahmad Nordin Alias
3. Reesyafiq Alwi
4. Joseph Kalang Tie
5. Muhamad Ashaari Shamsuddin
6. Mohd Shukur B Jusoh (Harimau Muda A)
7. Shamsul Kamal Muhammad (TTeam)
8.  Erison Da Silva Santos Carnietto


Penyerang

1. Abdul Manaf Mamat
2. Abd Hadi Yahya
3. Francis Frankey Doe
4. Mohd Ailim Kamaruddin

Antara barisan pemain-pemain negeri Terengganu


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Info terbaru berkenaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Menurut MB Terengganu, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berkemungkinan akan dibaiki pada Februari 2012. Terengganu boleh menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk perlawanan kompetitif selepas stadium sudah diselenggarakan dan berkemungkinan stadium akan digunakan dalam keadaan tidak berbumbung setelah selesai dibaiki. Untuk sementara waktu, Terengganu akan menggunakan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk perlawanan kompetitif dan antarabangsa serta boleh beraksi pada sebelah malam setelah pihak pengurusan FAM meluluskan pencahayaan lampu serta fasiliti di stadium tersebut.

Awang Import!!
Setelah pelbagai desas-desus mengenai kelibat awang import untuk pasukan menyarung jersi Terengganu pada musim 2012, akhirnya 2 pemain masing-masing dari Liberia dan Brazil diikat oleh pihak pengurusan PBSNT. Beliau adalah Francis Frankey Doe, 29 ( Liberia) dan Erison Da Silva Santos Carnietto,30 (Brazil). Francis Frankey Doe merupakan seorang stiker dan pernah menimba pengalaman menyarung jersi kelab terkemuka termasuk kelab gergasi asia barat Al-Ahly. Erison Da Silva Santos Carnietto pula merupakan seorang defensive midfilder. Beliau sebelum ini menyarung jersi kelab Bulgaria, Slavia Sofia sebelum disambar pihak pengurusan Terengganu untuk mencurah keringat di bumi Terengganu. Kedua-dua pemain ini boleh beraksi pada saingan Liga super dan AFC Cup bermula pada awal musim ini..

Sesi menandatangani kontrak pemain


Jersi Terengganu (depan)


Jersi Terengganu (belakang)