Pages

Thursday 12 January 2012

Kata Dua Dari MB Terengganu

Dato Hamidin Mohd Amin

Terengganu salah 1 kuasa besar bolasepak tanah air. Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said beri kata putus kepada FAM amat wajar. Bukan untuk menunjukkan sikap kurang ajar tetapi untuk membalas sikap FAM yang selalu menukar keputusan ikut suka. Telah banyak keputusan yang dibuat yang tidak memuaskan hati kebanyakan penyokong-penyokong bolasepak di Malaysia. Yang terbaru sebelum timbulnya isu pemain import ini adalah berkenaan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia. Kemudian FAM ingin menukarkan format Liga Super 2013 dengan mengurangkan bilangan pasukan. 

Sukan bolasepak di Malaysia sudah meningkat naik. Adakah dengan alasan tersebut FAM buleh buat keputusan sesuka hati? FAM memberi kelonggaran kepada pasukan Olimpik Singapura untuk membenarkan pemain-pemain senior didalam pasukan tersebut melebihi bilangan yang ditetapkan. Tiba-tiba menggunakan nama Lions XXII. Adakah ini sikap ‘double standard’ yang ditunjukkan FAM kepada persatuan-persatuan negeri yang lain?
Dengan bukti kukuh yang dibaca sendiri oleh Datuk Seri Ahmad Said, Terengganu mendapatkan 2 pemain import iaitu Francis Frankey Doe (Liberia) dan Erison Da Silva Santos Carnietto (Brazil). Kedua-dua pemain ini menandatangani kontrak sejurus surat pekeliling dari FAM diteliti oleh  Datuk Seri Ahmad Said. Beberapa hari sebelum bermulanya Liga M, FAM membuat kenyataan akhbar yang mengatakan 2 pemain import Terengganu tidak boleh bermain Liga M dan hanya dapat bermain di Piala AFC dan pada bulan April baru dapat daftarkan Doe dan Baiano di Liga M. 

Sudah tentunya Datuk Seri Ahmad Said kecewa dengan keputusan tersebut. Dengan nada tegas, peminat bolasepak nombor 1 Terengganu itu memberi amaran kepada FAM. 3 syarat penting yang perlu diambil perhatian oleh FAM. Pertama, FAM harus mambayar ganti rugi kepada Terengganu yang banyak menghabiskan duit untuk mendapatkan Doe dan Baiano. Kedua, membenarkan pemain-pemain import itu beraksi di Liga M secepat mungkin. Dan yang ketiga yang perlu dipandang serius badan induk bolasepak tanah air ialah Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan pasukan Terengganu dan T-Team menarik diri dari saingan Liga M jika tiada keputusan yang positif dicapai. Ia adalah 1 keputusan yang sukar dan perkara ini telah dibincangkan. "Kita nak ingatkan FAM, kalau mereka salah, mereka kena akui dan kita boleh terima. Tetapi kita ada tiga pilihan sebab kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas pasukan Terengganu," tegas Datuk Seri Ahmad Said kelmarin.

Datuk Seri Ahmad Said yang melihat sendiri surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu juga menjelaskan, dia tidak takut untuk digantung demi menjaga maruah bola sepak Terengganu. Katanya, surat pekeliling itu secara jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftar pemain import untuk beraksi dalam Liga M sebelum 9 Januari dan tanpa menyebut satupun perkara berkaitan Piala AFC. "Nak gantung, gantung la. Sebab FAM tidak bersikap profesional. Kita main bola untuk suka-suka dengan liga yang kita ada. Tetapi kalau sudah begini, ia memang tidak adil. "Kamu (FAM) beri arahan, lepas itu silap dan kemudian kamu salahkan kami. Itu tidak adil namanya. Kecualilah jika mereka ego. "Sebab itu pasukan Malaysia tidak berkembang sebab ada pegawai-pegawai yang macam ini yang bermain politik. Kita kata kita profesional tetapi sikap tidak profesional," ujarnya. (dipetik dari Kosmo)

Kontrovesi ini tercetus selepas mendapat liputan luas dari media. Terengganu masih mengharapkan jalan penyelesaian dengan baik. Namun percanggahan laporan oleh Datuk Azzuddin Ahmad dan Dato Hamidin Mohd Amin membuatkan FAM tidak professional dalam hal ini. Diharapkan satu keputusan yang positif dapat dicapai kedua-dua belah pihak.

No comments:

Post a Comment