Pages

Wednesday 4 January 2012

Majlis Menandatangani Kontrak Penaja dan Pemain Pasukan Bolasepak Terengganu 2012

Doe menyerahkan salinan kontrak kepada Presiden PBSNT


Barisan pemain serta penaja Terengganu 2012
Pasukan Terengganu mendapat berita gembira apabila 4 syarikat menaja pasukan untuk musim 2012. Antara yang menaja Terengganu musim depan adalah Specs (RM 300,000), Top IT (RM250 000), Zaid Enterprise (RM50 000), Ekspress Perdana( RM50 000). Penajaan Happy akan berlangsung minggu depan dan kata putus akan diperolehi.

Terengganu mengumumkan seramai 24 pemain beraksi pada musim 2012. Majlis tandatangani kontrak yang diadakan sebentar tadi di Hotel Primula menyenaraikan beberapa muka baru dan import. Antara muka baru yang menandatangani kontrak bersama Terengganu adalah Hariri(Sabah), shamsul kamal (TTeam), Muslim Ahmad, Faizal Muhammad dan Shukur Jusoh dari (Harimau Muda).
Selain itu Terengganu juga menyenaraikan penjaga gol muda dari SMK Bukit Nenas, Mohd Saifuddin Bin Mokhtar sebagai pengganti kepada Shahril Sa’ari yang bersama skuad Harimau Muda A.
Berikut merupakan senarai penuh skuad Terengganu Bagi musim 2012:

Pengurus - Dato' Che Mat Jusoh

Ketua Jurulatih - Mat Zan Mat Aris
Penolong Jurulatih -
Jurulatih Penjaga Gol - Zubir Ibrahim
Fisioterapi - Mokhtar Abu


Senarai pemain:

Penjaga Gol

1. Mohamad Sharbinee Allawee Ramli 25
2. Mohamad Shamirza Yusof
3. Mohd Saifuddin Bin Mokhtar


Pertahanan

1. Mohd Marzuki Yusof (C)
2. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
3. Nik Zul Aziz Nawawi
4. Mohamad Muhaimin Omar
5. Mazlizam Mohamad
6. Hariri Mohd Safee (Sabah FA)
7. Hasmizan Kamaruddin
8. Mohamad Faizal B Muhammad (Harimau Muda A)
9. Md.Zubir Md Azmi




Tengah

1. Ismail Faruqi
2. Ahmad Nordin Alias
3. Reesyafiq Alwi
4. Joseph Kalang Tie
5. Muhamad Ashaari Shamsuddin
6. Mohd Shukur B Jusoh (Harimau Muda A)
7. Shamsul Kamal Muhammad (TTeam)
8.  Erison Da Silva Santos Carnietto


Penyerang

1. Abdul Manaf Mamat
2. Abd Hadi Yahya
3. Francis Frankey Doe
4. Mohd Ailim Kamaruddin

Antara barisan pemain-pemain negeri Terengganu


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Info terbaru berkenaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Menurut MB Terengganu, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berkemungkinan akan dibaiki pada Februari 2012. Terengganu boleh menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk perlawanan kompetitif selepas stadium sudah diselenggarakan dan berkemungkinan stadium akan digunakan dalam keadaan tidak berbumbung setelah selesai dibaiki. Untuk sementara waktu, Terengganu akan menggunakan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk perlawanan kompetitif dan antarabangsa serta boleh beraksi pada sebelah malam setelah pihak pengurusan FAM meluluskan pencahayaan lampu serta fasiliti di stadium tersebut.

Awang Import!!
Setelah pelbagai desas-desus mengenai kelibat awang import untuk pasukan menyarung jersi Terengganu pada musim 2012, akhirnya 2 pemain masing-masing dari Liberia dan Brazil diikat oleh pihak pengurusan PBSNT. Beliau adalah Francis Frankey Doe, 29 ( Liberia) dan Erison Da Silva Santos Carnietto,30 (Brazil). Francis Frankey Doe merupakan seorang stiker dan pernah menimba pengalaman menyarung jersi kelab terkemuka termasuk kelab gergasi asia barat Al-Ahly. Erison Da Silva Santos Carnietto pula merupakan seorang defensive midfilder. Beliau sebelum ini menyarung jersi kelab Bulgaria, Slavia Sofia sebelum disambar pihak pengurusan Terengganu untuk mencurah keringat di bumi Terengganu. Kedua-dua pemain ini boleh beraksi pada saingan Liga super dan AFC Cup bermula pada awal musim ini..

Sesi menandatangani kontrak pemain


Jersi Terengganu (depan)


Jersi Terengganu (belakang)




3 comments:

  1. dream team 2012..harap dpt sekurang yer liga super..target cemerlang di afc...ayuh sang penyu

    ReplyDelete
  2. baju dop ape jadi mane je napok..

    ReplyDelete