Pages

Thursday 5 January 2012

Antara Syarat-Syarat Pendaftaran Pemain Asing Untuk Liga Malaysia

Sebahagian syarat-syarat yang diberi FAM kepada PBSNT
Sejak semalam pemain, pengurusan serta peminat Terengganu di gemparkan dengan berita pemain import yang tidak dapat beraksi untuk saingan Liga Super bermula 10 Januari ini. Berita ini timbul setelah FAM mengumumkan tarikh awal penutupan pendaftaran untuk pemain import adalah 8 Disember 2011 bagi semua pasukan. Terdapat beberapa pasukan mendapat masalah setelah FAM tidak meluluskan pemain import bagi negeri dan kelab masing-masing. Setelah perbincangan dibuat, hanya Terengganu dan Kelantan sahaja yang mendapat kelulusan bagi mendaftarkan pemain import sebelum 9 Januari untuk Terengganu dan 6 Januari untuk Kelantan kerana pasukan ini akan bermain untuk saingan Piala AFC. 

Pengesahan ini juga dapat di buktikan melalui pekeliling yang dihantar kepada PBSNT. Dalam pekeliling tersebut menyatakan bahawa pasukan Terengganu layak untuk membuat pendaftaran pemain import untuk LIGA MALAYSIA selewat-lewatnya 9 Januari 2012. Jadi tidak timbul masalah disini kerana surat pekeliling itu datang dari pihak FAM sendiri. Andai ini pekeliling palsu, apa guna pihak PBSNT sengaja menjolok sarang tebuan. Silap haribulan pasukan Terengganu akan di LARANG untuk beraksi dalam Liga Malaysia.
Gambar diatas menunjukkan surat pekeliling yang dihantar oleh FAM kepada PBSNT. Anda semua boleh nilai dan fikir sendiri. FAM silap atau PBSNT yang silap.

Kami TFC tdk dpt memberi jwpn siapa yg silap dalam hal ni.. kami cume dpt memberi info stakat yang mampu.. mgkn jwpn di tgn fam atau pbsnt.. berdasarkan srt tersebut anda seme blh nilaikan sndiri.. mgkn PBSNT silap dan mgkn jgk FAM.. JGN BUAT KPTSN LG.. terima kasih..
** jgn maki atau menyalahkan mane2 individu
** jgn maki atau salahkan mane2 fan atau negeri lain
** kite tfc ambik pendekatan ade kesilapan teknikal antara 2 persatuan tersebut
tunggu jwpn yg sebetulnya apabila kedue2 persatuan bertemu..-Terengganu FC- 

1 comment:

  1. http://suarasukan1mas.blogspot.com/2012/01/terengganu-akui-salah-faham-bukan-salah.html

    selesai.

    ReplyDelete