Pages

Friday, 23 December 2011

Nunes Disqualified??

Beberapa hari ini bolasepak kita kecoh apabila FAM tidak meluluskan 9 pemain import yang akan beraksi pada Liga Super dan Liga Perdana semalam. Antara yang menerima nasib tu adalah pemain import Terengganu kelahiran Brazil, Tercio Nunes Machado.(gambar).


Nunes yang berjaya mengikat kontrak bersama seorang lagi pemain dari Gambia, Muhammadou Sumareh (19) berharap dapat bermain untuk pasukan Terengganu.

“Terengganu adalah pasukan yang hebat, saya gembira dapat mewakili Terengganu dan akan berusaha untuk menjulang pasukan Terengganu pada musim 2012 nanti. Saya teruja untuk bermain Piala AFC bersama Terengganu. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan saya selesa tinggal disini”, katanya ketika di temubual wakil Terengganu FC semalam.

Banyak cerita-cerita yang timbul setelah FAM tidak meluluskan beliau untuk bermain bersama Terengganu. Cerita beliau tidak lulus ujian perubatan adalah tidak benar sama sekali. Sebab utama adalah antara syarat-syarat FAM adalah pemain import mestilah bermain di divisyen 1 liga Asia dan divisyen 2 ke atas pada Liga Eropah. (Nunes bermain di liga divisyen 3 Brazil sebelum ini).

Antara yang menerima nasib yang sama dengan Terengganu termasuk Johor FC, Johor FA, Pahang, Negeri Sembilan, NS Betaria, Felda United serta Selangor PKNS.

Nunes berharap dia akan dapat diberi peluang bermain bersama Terengganu dan masih berharap FAM memberi kelonggaran kepada 9 pemain import yang tidak diluluskan itu. Mungkin liga di Malaysia akan kekurangan kemeriahan dengan 6 pemain import tidak dapat beraksi untuk pasukan di Liga Super dan 3 di Liga Perdana. -Terengganu FC-

Pra-Musim: Terengganu sedia diuji Kelantan

ASAK... Pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha diasak dua pemain Terengganu dalam
saingan Liga Super 2011.
2 pasukan gergasi pantai timur akan menguji kekuatan pasukan masing-masing dalam 
satu siri perlawanan persahabatan pramusim pada 31 Disember 2011 ini. Perlawanan yang 
akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu itu dijangka akan 
menarik puluhan ribu penyokong walaupun ini hanyalah perlawanan persahabatan.

Untuk saingan 2012, kedua-dua pasukan ini juga akan berentap pada saingan Piala AFC  
dimana Terengganu diundi dlm kumpulan F bersama-sama Kitchee (HKG), Song Lam Nghe An (VIE) 
dan Tampines Rovers (SIN) manakala Kelantan diundi dalam kumpulan H bersama 
pasukan Ayeyawady (MYA), Arema Indonesia (IDN) dan Navibank Saigon (VIE).

Perlawanan ini juga merupakan penutup bagi tahun 2011 sebelum sepak mula akan 
dilangsungkan pada 10 Januari 2012. Kelantan akan memulakan kempen 2012 pada 
7 Januari 2012 untuk merebut Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan.

Rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini menunjukkan pasukan Terengganu 
mencatatkan keputusan seri  dengan jaringan 2-2 di Kota Bharu dalam saingan 
peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011. –Terengganu FC-



Pra-Musim: Terengganu dan T-Team terima kunjungan Perlis


Pendatang baru liga perdana, Perlis akan berkunjung ke Kuala Terengganu bagi mengadakan siri perlawanan persahabatan disini. Mereka akan menguji 2 pasukan negeri kita iaitu Terengganu dan T-Team.
 Pasukan Perlis menyerap ramai pemain muda dalam skuad utama bagi musim 2012.
T-Team akan bertemu Perlis pada 25 Disember 2011 manakala Terengganu pula akan menentang Perlis pada 26 Disember 2011. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nashiruddin Shah jam 8.45malam.

Tuesday, 20 December 2011

Jersi Terengganu 2012












Musim 2012 sekali lagi Specs menjadi penaja rasmi bagi pasukan Terengganu.
Dengan rekaan design yang baru, jersi Terengganu kali ini tampak lebih menarik
dengan jalur hitam disebelah kiri dan kanan jersi. Gambar kiri adalah jersi yang sebenar
tanpa logo penaja. Diberitakan Top IT dan Happy akan menjadi penaja bersama
untuk musim 2012 bagi pasukan Terengganu. Gambar kanan hanyalah ilustrasi atau
gambaran admin untuk jersi Terengganu untuk musim hadapan selepas logo penaja diletakkan.
Untuk para peminat, jersi akan dikeluarkan untuk jualan pada Februari (InsyaAllah).

Monday, 19 December 2011

T-Team Sedia Gegar!!



Persiapan T-Team tampak gigih dilakukan bagi mengharungi saingan liga super musim 2012. Kejayaan melangkah ke separuh akhir pada Piala Malaysia tahun 2011 menjadi pembakar semangat bagi skuad kendalian Yunus Aliff ini bagi menepati sasaran 4 terbaik dalam liga super pada musim hadapan.
Walaupun kehilangan beberapa pemain utama dalam pasukan, skuad T-Team lantas mengikat  kontrak beberapa muka baru antaranya Mohd Fazli Shaari, Iqbal Suhaimi (Selangor), Mohd Faiz Subri (Perlis), Mohd Zharif Hasna, Wan Aliff Wan Jasmi, Mohd Hassan Basree (Terengganu).
Setelah tempoh pencarian pemain import berakhir,  T-Team berjaya mengikat kontrak 2 awang import iaitu bekas tonggak import Perlis, Zacharia Simukonda dari Zambia (gambar) dan Bojan Petric dari Bosnia.
Kedua-dua pemain import ini menunjukkan peningkatan prestasi dan keserasian dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antaranya menentang ATM, Terengganu, Sime Darby dan Felda.

FA Cup 2012

Jadual Piala FA 2012 yang menyaksikan Terengganu akan menentang PDRM pada pusingan awal. Jika Terengganu berjaya melepasi pusingan pertama, Terengganu bakal menerima tentangan hebat dari ATM FA yang dibarisi pemain-pemain ternama. Itupun jika ATM berjaya menewaskan Perak. Satu lagi pasukan dari Terengganu, T-Team pula akan menentang Johor FA. Di bawah adalah jadual penuh Piala FA 2012.



Harimau Muda kalahkan Central Coast Mariners 4-1.



Perlawanan persahabatan terakhir Malaysia U23 di Australia menyaksikan Malaysia U23 mengalahkan Central Coast Mariners 4-1. Ini adalah kali ke2 pertemuan kedua-dua pasukan yg menyaksikan perlawanan pertama Harimau Muda kecundang 0-1.
Gol-gol Malaysia U23 dijaringkan oleh Fakri Sarani, Hazwan (2) dan Thamil Arasu.
Ahmad Hazwan telah menunjukkan taringnya dengan menyumbat 2 gol. Pemain kelahiran Labuan itu telah menunjukkan prestasi sebenar setelah pulih dari kecederaan. Ahmad Hazwan antara pemain baru yang menonjol dalam skuad Olimpik. Dia menunjukkan prestasi baik dari perlawanan ke perlawanan.