Pages

Monday 26 December 2011

Hajat Nunes Tidak Kesampaian

Hajat Tercio Nunes Machado untuk menabur bakti dengan skuad Terengganu terkubur. Nunes bersama 8 lagi yang lain tidak dapat beraksi di Liga Super untuk musim depan. 2 dari Johor FC, 1 dari NS Betaria, 1 dari NS, 1 dari Johor FA, 1 dari Felda dan 1 lagi dari PKNS.


Beberapa sebab Nunes tidak boleh bermain dengan Terengganu. Antaranya sebelum ini Nunes bermain di divisyen 3 Liga Brazil. Mengikut syarat-syarat FAM pemain import yang hendak diambil oleh sesebuah pasukan hendaklah bekas pasukan pemain import tersebut bermain di divisyen 1 di Asia dan divisyen 2 dan keatas liga di Eropah dan Amerika Selatan. Adakah pengurusan Terengganu terlepas pandang syarat-syarat dari FAM? Amatlah mustahil terlepas pandang syarat-syarat yang penting sebegitu. Atau FAM tidak maklumkan syarat-syarat tersebut kepada persatuan negeri? Juga mustahil. Jadi apakah sebab serta alasan yang kukuh yang sekarang ini menimbulkan masalah kepada pasukan-pasukan yang bertanding?


Aksi memukau Ismail Faruqi dan Joseph Kallang Tie
Timbul persoalan sekarang adakah Liga Super 'kurang' serinya dengan kehilangan 5 pemain import dari 4 pasukan. Pemain-pemain import mempunyai tarikan tersendiri. Terbukti beberapa perlawanan persahabatan dan sesi latihan di padang dihadiri ramai peminat-peminat tempatan. Bagi pasukan Terengganu bernasib baik kerana ramai pemain-pemain tempatan yang berkebolehan mengisi kekurangan seorang pemain import itu. Antaranya Ismail Faruqi, Resyafiq Alwi, Joseph Kallang Tie, Ahmad Nordin Alias dan bekas pemain Harimau Muda, Syukur Jusoh.



Diharap pihak pengurusan baik dari PBSNT mahupun FAM telus dan professional dalam membuat satu-satu keputusan. Format Liga Super 2013 Akan Ditukar lagi..



No comments:

Post a Comment