Pages

Wednesday 28 December 2011

Import Ke2 Terengganu Boleh Beraksi Januari Ini

Berita baik untuk peminat-peminat Terengganu. Terengganu diberi kelongggaran oleh FAM untuk menggunakan pemain import ke2 untuk saingan Liga Super tahun depan. Ini kerana Terengganu selaku wakil Malaysia bersama-sama Kelantan akan bermain untuk Piala AFC Mac tahun depan. Terengganu dan Kelantan akan membawa cabaran di pentas antarabangsa. Mungkin pelepasan import ke2 kepada Terengganu untuk mencari keserasian sebelum bertanding di Piala AFC. Skuad Penyu sedang mencari baki seorang lagi untuk mengisi slot pemain import ke2 untuk Liga Super.

Untuk saingan Piala AFC, Terengganu akan menggunakan SSINS sebagai stadium tuan rumah. Dengan masalah lampu limpah, Terengganu akan bermain disebelah petang. Berkenaan 'scoreboard' digital, hanya jam digital sahaja diperlukan untuk pertandingan Piala AFC. Permasalahan lain sudah diatasi. Jam digital akan diuruskan pihak MBKT.  Hari ini seorang lagi pemain import dari Brazil tiba untuk pemilihan.  Erison Da Silva Santos Carnietto yang sebelum ini bermain untuk kelab Slavia Sofia di Bulgaria akan diuji. 3 pemain import akan diguna Terengganu untuk saingan di pentas antarabangsa ini. Tarikh tutup pendaftaran pemain import untuk Piala AFC pada 6 Februari 2012.

Timbul persoalan dari peminat-peminat Terengganu, adakah Doe dan Baiano mahu beraksi di Liga Super Malaysia? Ini kerana taraf liga kita masih ditakuk rendah. Doe yang pernah beraksi bersama kelab New York Red Bulls (Major League Soccer), DC United (Major League Soccer), Al-Ahly (Mesir) dan Baiano dengan kelab divisyen 1 Bulgaria, Slavia Sofia, mungkin merasakan mereka terlalu professional untuk liga tempatan kita. Jika sebaliknya berlaku, dan mereka ingin bermain dengan pasukan Terengganu, 1 bonus yang amat besar untuk pasukan kesayangan kita. Peminat-peminat pasukan Terengganu berharap Terengganu akan dapat pemain import yang berkualiti.


1 comment: