Tinjauan Sinar Harian semalam sebaliknya mendapati laman itu telah diubah pihak tertentu yang memaparkan informasi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak ada sebarang masalah dan menyatakan ada cara untuk menanganinya.
“Benda ini (godam) sudah kerap berlaku dan pada saya ia perkara biasa. FAM akan berusaha memperbetulkan semula kerosakan yang berlaku pada sistem berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, laman web yang menjadi rujukan rasmi para media negara ini pernah digodam ketika menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, Oktober lalu.
Setakat ini, belum ada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab melakukan perkara itu.
Sumber :
Tarikh : December 19, 2011
Tarikh : December 19, 2011
No comments:
Post a Comment