Pages

Wednesday, 28 December 2011

Import Ke2 Terengganu Boleh Beraksi Januari Ini

Berita baik untuk peminat-peminat Terengganu. Terengganu diberi kelongggaran oleh FAM untuk menggunakan pemain import ke2 untuk saingan Liga Super tahun depan. Ini kerana Terengganu selaku wakil Malaysia bersama-sama Kelantan akan bermain untuk Piala AFC Mac tahun depan. Terengganu dan Kelantan akan membawa cabaran di pentas antarabangsa. Mungkin pelepasan import ke2 kepada Terengganu untuk mencari keserasian sebelum bertanding di Piala AFC. Skuad Penyu sedang mencari baki seorang lagi untuk mengisi slot pemain import ke2 untuk Liga Super.

Untuk saingan Piala AFC, Terengganu akan menggunakan SSINS sebagai stadium tuan rumah. Dengan masalah lampu limpah, Terengganu akan bermain disebelah petang. Berkenaan 'scoreboard' digital, hanya jam digital sahaja diperlukan untuk pertandingan Piala AFC. Permasalahan lain sudah diatasi. Jam digital akan diuruskan pihak MBKT.  Hari ini seorang lagi pemain import dari Brazil tiba untuk pemilihan.  Erison Da Silva Santos Carnietto yang sebelum ini bermain untuk kelab Slavia Sofia di Bulgaria akan diuji. 3 pemain import akan diguna Terengganu untuk saingan di pentas antarabangsa ini. Tarikh tutup pendaftaran pemain import untuk Piala AFC pada 6 Februari 2012.

Timbul persoalan dari peminat-peminat Terengganu, adakah Doe dan Baiano mahu beraksi di Liga Super Malaysia? Ini kerana taraf liga kita masih ditakuk rendah. Doe yang pernah beraksi bersama kelab New York Red Bulls (Major League Soccer), DC United (Major League Soccer), Al-Ahly (Mesir) dan Baiano dengan kelab divisyen 1 Bulgaria, Slavia Sofia, mungkin merasakan mereka terlalu professional untuk liga tempatan kita. Jika sebaliknya berlaku, dan mereka ingin bermain dengan pasukan Terengganu, 1 bonus yang amat besar untuk pasukan kesayangan kita. Peminat-peminat pasukan Terengganu berharap Terengganu akan dapat pemain import yang berkualiti.


Tuesday, 27 December 2011

3 Awang Import Akan Diuji Skuad Penyu

Kuala Terengganu. 27Disember. Setelah kehilangan Tercio Nunes Machado untuk menghadapi saingan Liga Super tahun depan, skuad penyu mendapat berita gembira dengan kehadiran import kelahiran Liberia iaitu Francis Doe Forkey (26). Francis Doe sebelum ini telah bermain dengan kelab yg menjuarai liga divisyen 1 Mesir, Al-Ahly. Doe memulakan keriernya bersama Liga Perdana Cameroon pada 2002 dan pernah dinobatkan pemain import terbaik dan pemain ketiga terbaik Cameroon yang dipilih oleh Persatuan Bolasepak Cameroon  dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Cameroon. Doe juga pernah bermain di Major League Soccer di Amerika Syarikat, kelab yang sekarang ini diwakili oleh Thierry Henry, New York Red Bulls pada tahun 2007.




Tiba dibumi Darul Iman kelmarin dan terus turun ke padang pada malamnya, Doe menunjukkan persefahaman yang baik dengan rakan-rakan sepasukan. Beliau tenang didepan gol, agresif, tidak tamak dan mempunyai penyudah yang tepat. Menjadi pemain import pilihan para peminat pasukan Terengganu namun Doe perlu membuktikan lagi kebolehan beliau pada pertemuan perlawanan persahabatan terakhir menentang Kelantan Sabtu ini.


Tidak mahu pisang berbuah dua kali, pengurusan PBSNT telah meneliti dengan rapi latar belakang dan sejarah perjalanan karier Francis Doe Forkey. Jika semuanya berjalan dengan lancar dan menepati semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh FAM dan PBSNT, Doe akan beraksi untuk pasukan kesayangan kita untuk musim depan.


Erison Da Silva Santos Carnietto


Seorang lagi pemain yang bakal diuji oleh Terengganu ialah  Erison Da Silva Santos Carnietto atau dikenali sebagai Baiano. Berumur 30tahun dan bermain di posisi tengah. Baiano pernah bermain dengan kelab Slavia Sofia di liga Bulgaria pada musim 2011. Tiba untuk sesi pemilihan pada hari esok. Tidak banyak maklumat tentang pemain ini. 


Nana Eshun (29), pemain import dari Ghana bermain di posisi tengah dan penyerang menunjukkan minat untuk bermain dengan Terengganu. Akan tiba beberapa hari lagi untuk sesi pemilihan. Pernah mewakili Udinese (Itali) pada tahun 1999-2001 dan Borussia Dortmund (Jerman) 2001-2002. 


Ketiga-tiga pemain import ini akan diuji Terengganu untuk Piala AFC tahun depan. Terengganu akan menggunakan 3 pemain import untuk saingan Piala AFC. Setelah Muhammadou Sumareh pasti mengikat kontrak dgn Terengganu, Terengganu akan mencari 2 lagi pemain import untuk musim hadapan. 

Monday, 26 December 2011

Hajat Nunes Tidak Kesampaian

Hajat Tercio Nunes Machado untuk menabur bakti dengan skuad Terengganu terkubur. Nunes bersama 8 lagi yang lain tidak dapat beraksi di Liga Super untuk musim depan. 2 dari Johor FC, 1 dari NS Betaria, 1 dari NS, 1 dari Johor FA, 1 dari Felda dan 1 lagi dari PKNS.


Beberapa sebab Nunes tidak boleh bermain dengan Terengganu. Antaranya sebelum ini Nunes bermain di divisyen 3 Liga Brazil. Mengikut syarat-syarat FAM pemain import yang hendak diambil oleh sesebuah pasukan hendaklah bekas pasukan pemain import tersebut bermain di divisyen 1 di Asia dan divisyen 2 dan keatas liga di Eropah dan Amerika Selatan. Adakah pengurusan Terengganu terlepas pandang syarat-syarat dari FAM? Amatlah mustahil terlepas pandang syarat-syarat yang penting sebegitu. Atau FAM tidak maklumkan syarat-syarat tersebut kepada persatuan negeri? Juga mustahil. Jadi apakah sebab serta alasan yang kukuh yang sekarang ini menimbulkan masalah kepada pasukan-pasukan yang bertanding?


Aksi memukau Ismail Faruqi dan Joseph Kallang Tie
Timbul persoalan sekarang adakah Liga Super 'kurang' serinya dengan kehilangan 5 pemain import dari 4 pasukan. Pemain-pemain import mempunyai tarikan tersendiri. Terbukti beberapa perlawanan persahabatan dan sesi latihan di padang dihadiri ramai peminat-peminat tempatan. Bagi pasukan Terengganu bernasib baik kerana ramai pemain-pemain tempatan yang berkebolehan mengisi kekurangan seorang pemain import itu. Antaranya Ismail Faruqi, Resyafiq Alwi, Joseph Kallang Tie, Ahmad Nordin Alias dan bekas pemain Harimau Muda, Syukur Jusoh.



Diharap pihak pengurusan baik dari PBSNT mahupun FAM telus dan professional dalam membuat satu-satu keputusan. Format Liga Super 2013 Akan Ditukar lagi..



Friday, 23 December 2011

Nunes Disqualified??

Beberapa hari ini bolasepak kita kecoh apabila FAM tidak meluluskan 9 pemain import yang akan beraksi pada Liga Super dan Liga Perdana semalam. Antara yang menerima nasib tu adalah pemain import Terengganu kelahiran Brazil, Tercio Nunes Machado.(gambar).


Nunes yang berjaya mengikat kontrak bersama seorang lagi pemain dari Gambia, Muhammadou Sumareh (19) berharap dapat bermain untuk pasukan Terengganu.

“Terengganu adalah pasukan yang hebat, saya gembira dapat mewakili Terengganu dan akan berusaha untuk menjulang pasukan Terengganu pada musim 2012 nanti. Saya teruja untuk bermain Piala AFC bersama Terengganu. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan saya selesa tinggal disini”, katanya ketika di temubual wakil Terengganu FC semalam.

Banyak cerita-cerita yang timbul setelah FAM tidak meluluskan beliau untuk bermain bersama Terengganu. Cerita beliau tidak lulus ujian perubatan adalah tidak benar sama sekali. Sebab utama adalah antara syarat-syarat FAM adalah pemain import mestilah bermain di divisyen 1 liga Asia dan divisyen 2 ke atas pada Liga Eropah. (Nunes bermain di liga divisyen 3 Brazil sebelum ini).

Antara yang menerima nasib yang sama dengan Terengganu termasuk Johor FC, Johor FA, Pahang, Negeri Sembilan, NS Betaria, Felda United serta Selangor PKNS.

Nunes berharap dia akan dapat diberi peluang bermain bersama Terengganu dan masih berharap FAM memberi kelonggaran kepada 9 pemain import yang tidak diluluskan itu. Mungkin liga di Malaysia akan kekurangan kemeriahan dengan 6 pemain import tidak dapat beraksi untuk pasukan di Liga Super dan 3 di Liga Perdana. -Terengganu FC-

Pra-Musim: Terengganu sedia diuji Kelantan

ASAK... Pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha diasak dua pemain Terengganu dalam
saingan Liga Super 2011.
2 pasukan gergasi pantai timur akan menguji kekuatan pasukan masing-masing dalam 
satu siri perlawanan persahabatan pramusim pada 31 Disember 2011 ini. Perlawanan yang 
akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu itu dijangka akan 
menarik puluhan ribu penyokong walaupun ini hanyalah perlawanan persahabatan.

Untuk saingan 2012, kedua-dua pasukan ini juga akan berentap pada saingan Piala AFC  
dimana Terengganu diundi dlm kumpulan F bersama-sama Kitchee (HKG), Song Lam Nghe An (VIE) 
dan Tampines Rovers (SIN) manakala Kelantan diundi dalam kumpulan H bersama 
pasukan Ayeyawady (MYA), Arema Indonesia (IDN) dan Navibank Saigon (VIE).

Perlawanan ini juga merupakan penutup bagi tahun 2011 sebelum sepak mula akan 
dilangsungkan pada 10 Januari 2012. Kelantan akan memulakan kempen 2012 pada 
7 Januari 2012 untuk merebut Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan.

Rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini menunjukkan pasukan Terengganu 
mencatatkan keputusan seri  dengan jaringan 2-2 di Kota Bharu dalam saingan 
peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011. –Terengganu FC-



Pra-Musim: Terengganu dan T-Team terima kunjungan Perlis


Pendatang baru liga perdana, Perlis akan berkunjung ke Kuala Terengganu bagi mengadakan siri perlawanan persahabatan disini. Mereka akan menguji 2 pasukan negeri kita iaitu Terengganu dan T-Team.
 Pasukan Perlis menyerap ramai pemain muda dalam skuad utama bagi musim 2012.
T-Team akan bertemu Perlis pada 25 Disember 2011 manakala Terengganu pula akan menentang Perlis pada 26 Disember 2011. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nashiruddin Shah jam 8.45malam.

Tuesday, 20 December 2011

Jersi Terengganu 2012












Musim 2012 sekali lagi Specs menjadi penaja rasmi bagi pasukan Terengganu.
Dengan rekaan design yang baru, jersi Terengganu kali ini tampak lebih menarik
dengan jalur hitam disebelah kiri dan kanan jersi. Gambar kiri adalah jersi yang sebenar
tanpa logo penaja. Diberitakan Top IT dan Happy akan menjadi penaja bersama
untuk musim 2012 bagi pasukan Terengganu. Gambar kanan hanyalah ilustrasi atau
gambaran admin untuk jersi Terengganu untuk musim hadapan selepas logo penaja diletakkan.
Untuk para peminat, jersi akan dikeluarkan untuk jualan pada Februari (InsyaAllah).